Saturday 16 February 2013

Ranking Harimau Malaya Jatuh Ke-159 Dunia




KUALA LUMPUR – Berikutan kekalahan 0-2 kepada Qatar pada perlawanan pertama pusingan Kelayakan Piala Asia 2015, baru-baru ini menyebabkan ranking pasukan Malaysia jatuh satu anak tangga dalam kedudukan terbaru FIFA semalam.

Berdasarkan ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), skuad kebangsaan bimbingan Datuk K. Rajagobal turun ke kedudukan ke-159 dunia berbanding ke-158 pada bulan lepas.

Senarai kedudukan terkini itu menunjukkan skuad Harimau Malaya setanding dengan beberapa pasukan yang diketahui mempunyai kekurangan infrastruktur dalam sukan bola sepak seperti Palestin yang berada pada ranking ke-153, Hong Kong (ke-156), Bermuda (ke-157) dan Maldives yang berkongsi kedudukan dengan skuad negara.

Pada peringkat Asia, Malaysia kekal pada kedudukan ke-26 daripada 46 negara.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia naik satu anak tangga ke kedudukan kelima di belakang Vietnam (134), Thailand (141), Filipina (147) dan Singapura (158).

Sementara itu, juara Euro 2012, Sepanyol mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,590 mata.

Jerman dan Argentina turut mengekalkan kedudukan sebagai pasukan kedua dan ketiga terbaik dunia apabila masing-masing mengutip 1,437 dan 1,281 mata.

Kedudukan ranking FIFA itu melibatkan 209 negara. – BERNAMA

Ulasan SU

Bagi Perlawanan persahabatan Raja Gopal perlulah mencari kelemahan yang ada didalam pasukan bukannya di perlawanan-perlawanan penting "ini tidak bagi perlawanan-perlawanan penting barulah nak mencuba bakat pemain".

Raja Gopal perlu tegas dalam pemilihan pemain dan perlu meneliti sebanyak mungkin strategi-strategi perlawanan untuk menarik minat penyokong bola sepak malaysia. Jika perlawanan-perlawanan penting di ambil mudah oleh Raja Gopal mungkin ini akan menjatuhkan moral pemain dan peminat-peminat bola sepak itu sendiri.


1 comment:

  1. saalam seperjuangan..mohon pautkan blog kecil saya disini..saya telah pautkan blog tuan diblog saya..

    http://daengselili.blogspot.com/

    terima kasih :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...