Sunday 3 March 2013

Kumpulan Bersenjata Masih Enggan Berundur



PETALING JAYA: Kumpulan bersenjata yang mendakwa tentera diraja Sultan Sulu masih enggan berundur dari tempat persembunyian mereka sambil berharap ada jalan penyelesaian aman dalam insiden pencerobohan, kata jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani pada Sabtu.

Idjirani, yang juga Ketua Setiausaha Kesultanan Sulu berkata, Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III, masih mahu berbincang mengenai isu pemilikan ke atas Sabah.

“Kami masih mahu duduk berbincang dan menyelesaikan isu ini, beliau juga berharap pintu rindungan masih dibuka.

“Isteri, Raja Muda Azzimudie Kiram juga memaklumkan baginda berada dalam keadaan selamat dan sihat,” katanya melalui perbualan telefon bersama The Star dari Manila.

Azzimudie mengetuai kumpulan bersenjata seramai 200 orang yang bersembunyi di Tanduo.

Idjirani berkata beliau bagaimanapun masih belum dapat menghubungi Azzimudie sejak Jumaat, sekaligus mengesahkan kepada The Star bahawa banyak panggilan telefon terhadap Raja Muda mengesahkan apa perkara yang tidak kena.

“Memang jelas beliau dan pengikutnya sangat terkejut, berlaku serangan daripada pihak berkuasa Malaysia,” yang menegaskan pasukan keselamatan Malaysia telah melancarkan serangan terlebih dahulu.

Beliau turut menolak dakwaan kumpulan bersenjata mereka telah menggunakan taktik mengibarkan bendera putih sebagai tanda menyerah diri untuk memerangkap anggota polis komando dalam insiden tembakan berkenaan.

“Sangat jelas Perdana Menteri Malaysia, (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) telah memberi mandat dan tanggungjawab kepada pasukan Angkatan Tentera Malaysia, yang kemudiannya memulakan serangan ini,” katanya.

Idjirani turut memaklumkan bahawa beliau tidak mengetahui apa-apa mengenai perbincangan di antara Najib dengan Presiden Filipina, Benigno Aquino III.

“Kami tidak dimaklumkan mengenai perkara ini,” katanya.

Sumber-Mstar Online

Saturday 16 February 2013

Ranking Harimau Malaya Jatuh Ke-159 Dunia




KUALA LUMPUR – Berikutan kekalahan 0-2 kepada Qatar pada perlawanan pertama pusingan Kelayakan Piala Asia 2015, baru-baru ini menyebabkan ranking pasukan Malaysia jatuh satu anak tangga dalam kedudukan terbaru FIFA semalam.

Berdasarkan ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), skuad kebangsaan bimbingan Datuk K. Rajagobal turun ke kedudukan ke-159 dunia berbanding ke-158 pada bulan lepas.

Senarai kedudukan terkini itu menunjukkan skuad Harimau Malaya setanding dengan beberapa pasukan yang diketahui mempunyai kekurangan infrastruktur dalam sukan bola sepak seperti Palestin yang berada pada ranking ke-153, Hong Kong (ke-156), Bermuda (ke-157) dan Maldives yang berkongsi kedudukan dengan skuad negara.

Pada peringkat Asia, Malaysia kekal pada kedudukan ke-26 daripada 46 negara.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia naik satu anak tangga ke kedudukan kelima di belakang Vietnam (134), Thailand (141), Filipina (147) dan Singapura (158).

Sementara itu, juara Euro 2012, Sepanyol mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,590 mata.

Jerman dan Argentina turut mengekalkan kedudukan sebagai pasukan kedua dan ketiga terbaik dunia apabila masing-masing mengutip 1,437 dan 1,281 mata.

Kedudukan ranking FIFA itu melibatkan 209 negara. – BERNAMA

Ulasan SU

Bagi Perlawanan persahabatan Raja Gopal perlulah mencari kelemahan yang ada didalam pasukan bukannya di perlawanan-perlawanan penting "ini tidak bagi perlawanan-perlawanan penting barulah nak mencuba bakat pemain".

Raja Gopal perlu tegas dalam pemilihan pemain dan perlu meneliti sebanyak mungkin strategi-strategi perlawanan untuk menarik minat penyokong bola sepak malaysia. Jika perlawanan-perlawanan penting di ambil mudah oleh Raja Gopal mungkin ini akan menjatuhkan moral pemain dan peminat-peminat bola sepak itu sendiri.


Friday 15 February 2013

Peserta Dari 74 Negara Bakal Beradu Di Pertandingan Antarabangsa Bahasa Melayu

Ramai yang tidak sedar bermula 19 hingga 22 Februari ini akan berlangsungnya Pertandingan Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri yang antara lainya bertujuan untuk mengangkat bahasa Melayu ke persada antarabangsa. Program yang menjadi tumpuan kepada pencinta bahasa Melayu ini akan menyaksikan peserta dari tujuh benua yang terdiri daripada 74 negara saling beradu kebolehan dan kehebatan masing-masing.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa penganjuran untuk kali ke-tujuh ini dilihat berjaya melakar sejarah tersendiri kerana mencatatkan penyertaan paling tinggi. Peningkatan penyertaan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa pengajian Bahasa Melayu semakin tersebar dan mendapat tempat di universiti-universiti di seluruh dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut dijadualkan akan merasmikan Pertandingan PABM yang bertemakan “Pengantarabangsaan Bahasa Melayu” ini yang bakal disiarkan secara langsung di Tv1 RTM pada 22 Februari.

Lebih membanggakan pihak penganjur turut dihubungi sendiri oleh pihak kedutaan luar negara yang memohon untuk menyertai pertandingan ini. Selain dari itu mereka turut menerima 4 penyertaan negara baru iaitu Panama, Bostwana, Laos dan Nepal. Sudah pasti sebagai rakyat Malaysia, kita sendiri pun tidak menyangka negara-negara tersebut turut menawarkan pengajian Bahasa Melayu di universiti mereka.

Jawatankuasa penganjuran telah menyenaraikan 12 tajuk yang yang meliputi pelbagai bidang dan isu-isu semasa namun masih berkisar pada tema yang telah ditetapkan.

Juri yang akan mengadili PABM ini dipilih oleh Madum dengan syarat bahawa tiga daripada tujuh juri mestilah warga asing melibatkan profesor, pensyarah dan pakar bahasa Melayu di institusi-institusi pengajian tinggi di luar negara. Sementara itu, juri dalam negara pula terdiri daripada profesor, pakar-pakar bahasa, personaliti dan bekas pemidato ternama yang menjadi ahli Madum.

Pihak penganjur menjanjikan pemilihan juri dibuat dengan teliti bagi mengelakkan sebarang rasa tidak puas hati oleh negara-negara peserta.

Penganjuran PABM jika dilihat daripada sisi berbeza bakal memberi impak positif kepada industri pelancongan dan pendidikan negara. Kerjasama pihak kementerian dengan Tourism Malaysia sejak PABM diperkenalkan amat membantu untuk mempromosi agenda dan destinasi pelancongan negara.

Melalui Program Inap Desa, para peserta akan dibawa melawat ke tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur, Melaka dan lokasi bersejarah lain supaya diberi pendedahan mengenai budaya dan adat resam Melayu sepanjang mereka di sini.

Penganjuran pertandingan yang datang daripada idea Perdana Menteri ini dilihat mampu membina jenama dan identiti tersendiri bukan sahaja di rantau ini malah di seluruh dunia.

Secara signifikannya, PABM jelas memberi petunjuk kepada semua pihak terutamanya rakyat negara ini bahawa kerajaan tidak pernah berdiam diri dalam memperjuangkan isu Bahasa Melayu. Bahasa Melayu kini adalah bahasa kelima utama dunia selepas Inggeris, Mandarin, Hindi dan Sepanyol dengan jumlah melebihi 280 juta penutur.

SUMBER : KLIK SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...